Kelaziman mengikut agama Ziarah

Agama Islam

Rencana utama: Haji

Para penganut agama Islam berpegang kepada salah satu rukun utama agama mereka yang mewajibkan (atau "memfardukan") perjalanan ke sesebuah tempat, iaitu haji (Bahasa Arab: حَـجّ‎) di mana setiap yang sihat badan dan mampu berharta semasa berpergian dan sambil meninggalkan keluarga melakukan perjalanan ke Mekah sekurang-kurangnya seklai dalam seumur hidup.[2][3][4] Pengumpulan para jemaah penziarah ini (haji-hajah) dilihat sebagai pertemuan paling hebat dan ramai di dunia.[5][6][7]

Madinah turut menjadi pilihan sebagai tanah suci kedua di mana Nabi Muhammad dimakamkan di sebuah masjid utama di kota tersebut iaitu Masjid Nabawi.[8]

Agama Kristian

Rencana utama: Ziarah Kristian

Agama Yahudi

Tembok bahagian barat kawasan Temple Mount di Kota Lama Baitulmuqaddis (dipertelingkahkan milik antara pihak Palestin dan Israel) yang masih kekal utuh sejak runtuhnya Kuil Yahudi Kedua menjadi tumpuan para penganut agama Yahudi.[9][10]

Bahkan, ada juga sebilangan tempat kecil yang ada pentingnya dalam agama ini melibatkan tempat bermakamnya para orang alim (tzadikim) terkenal di serata dunia termasuk Hebron; Bethlehem; Mt. Meron; Netivot; Uman, Ukraine; Silistra, Bulgaria; Damanhur, Mesir dan sebagainya.[11]

Tanah Suci terutamanya merupakan tumpuan utama direbut para penziarah dari ketiga-tiga agama samawi di atas. Menurut kajian Universiti Stockholm pada tahun 2011, penziarah ini mengunjungi Tanah Suci untuk menyentuh dan melihat manifestasi fizikal iman mereka, mengesahkan kepercayaan mereka dalam konteks suci dengan pengujaan kolektif, dan menghubungkan secara langsung diri mereka ke Tanah Suci.[12]

Agama Hindu

Rencana utama: Yatra

Agama Buddha

Terdapat empat tempat yang menjadi tumpuan ziarah para penganut agama Buddha:

Rujukan

WikiPedia: Ziarah http://www.metti-bronner.com/Jerusalem.pdf http://science.time.com/2013/10/16/as-the-hajj-unf... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://mosaic.lk.net/g-wall.html http://www.jewishvirtuallibrary.org/history-and-ov... //tools.wmflabs.org/ftl/cgi-bin/ftl?st=wp&su=pilgr... //tools.wmflabs.org/ftl/cgi-bin/ftl?st=wp&su=pilgr... https://books.google.com/books?id=2b7fmfvpYZYC&pg=... https://books.google.com/books?id=H_m14NlQQMYC&pg=... https://books.google.com/books?id=VZ_uPnC6kTIC&pg=...